ڤربنديڠن دانتارا القرءان دان حديث (Perbandingan Diantara Al-Quran dan Hadith)
كيت
سوده ممهمي مقصود حديث، ڤرانن حديث دان ڤڠنلن حديث، بوكن؟ كيت جوڬ سوده مڠتاهوي
بهاوا حديث مروڤاكن سومبر حكوم يڠ كدوا سلڤس القرءان. جادي، اڤاكه ڤربيذأن دانتارا
حديث دان القرءان؟ ماري كيت ليهت جدوال د باوه
Kita sudah memahami maksud
hadis, peranan hadis dan pengenalan hadis, bukan? Kita juga sudah mengetahui
bahawa Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Jadi, apakah
perbezaan diantara Hadis dan al-Quran? Mari kita lihat jadual di bawah
القرءان
|
حديث
|
سومبر
حكوم ڤرتام.
Sumber hukum pertama.
|
سومبر
حكوم كدوا.
Sumber hukum kedua.
|
لفظ دان معنا درڤد الله
تعالى.
Lafaz dan makna daripada Allah Taala.
|
لفظ
دان معنا درڤد رسول الله.
Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW.
|
صحيح
تنڤا كراڬوان.
Sahih tanpa keraguan.
|
تربهاڬي
كڤد صحيح، حسن، ضعيف اتاو موضوع.
Terbahagi kepada sahih, hasan, dhoif atau maudhu.
|
واجب بروضوء
اڤابيلا ممڬڠ دان ممباواڽ.
Wajib berwudhu apabila memegang dan membawanya.
|
تيدق واجب بروضوء
اڤابيلا ممڬڠ دان ممباواڽ.
Tidak wajib berwudhu apabila memegang dan membawanya.
|
منداڤت ڤهالا باڬي
ستياڤ حروف يڠ دباچ.
Mendapat pahala bagi setiap huruf yang dibaca.
|
منداڤت ڤهالا
كران ممڤلاجري دان برعمال دڠنڽ.
Mendapat pahala kerana mempelajari dan beramal dengannya.
|
تيدق بوليه ممباچڽ
كتيك برهادس بسر.
Tidak boleh membacanya ketika berhadas besar.
|
بوليه ممباچڽ
كتيك برهادس بسر.
Boleh membacanya ketika berhadas besar
|
ايات
القرءان دباچ دالم صلاة.
Ayat Al Quran dibaca dalam solat.
|
تيدق بوليه
دباچ دالم صلاة.
Tidak boleh dibaca dalam solat.
|
القرءان
ترڤليهارا كندوڠن
دان كتوليننڽ.
Al-quran terpelihara kandungan dan ketulenannya.
|
حديث
تيدق ترڤليهارا كندوڠن
دان كتوليننڽ.
Hadis tidak terpelihara kandungan dan ketulenannya.
|
القرءان
ترڤليهارا سهيڠڬ هاري
قيامة.
Al-quran terpelihara sehingga hari kiamat.
|
حديث
تيدق ترڤليهارا، بوليه دريكا
دان دڤلسوكن اوليه
اورڠ لاين.
Hadis tidak terpelihara, boleh direka dan dipalsukan oleh
orang lain.
|
چونتوه
فرمان الله سبحانه وتعالى :
((سورة الفاتحة : اية ١))
مقصودڽ: سڬالا
ڤوجي باڬي الله توهن سمستا عالم.
Maksudnya : Segala puji bagi Allah tuhan
semesta alam.
|
چونتوه
أبو هريرة رضي الله عنه بركات بهاوا رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا :
إِنَّ الدِّينَ
يُسْرٌ.
((البخاري))
مقصودڽ:
سسوڠڬوهڽ اڬام ايت موده.
Maksudnya : Sesungguhnya agama itu
mudah.
|

Comments
Post a Comment